|


SAYA ~ CROWN DIRECTOR
NORASHIKIN MAT JANA
BERSAMA TOYOTA WISH YG SAYA MILIKI PADA 11
DECEMBER 2007..
HASIL DARI PERJUANGAN DALAM DCL BERMULA JUN
2004 HINGGA KINI..
PELAYAK TABUNG KERETA DCL YG KE 24..


Sebenarnya panjang lagi yg
saya tulis.. tapi bahagian Admin DCL minta
edit.. tak muat kat info tu.. hehehe...
Ni versi asal..
Saya mengenali produk DCL melalui seorang
sahabat dari Sabah pada tahun 2004. Ketika
itu pernah langsung dengar tentang DCL dan
menyangkakan DCL adalah produk dari negeri
Sabah sehinggalah sahabat tersebut
menerangkan DCL adalah sebuah syarikat MLM
yg beribu pejabat di Wangsa Melawati. Pelik
juga rasanya saya yang tinggal di Ampang
tidak kenal dengan DCL di Wangsa Melawati
yang letaknya ˝ jam sahaja dari tempat
tinggal saya,
Setelah mencuba produk DCL dan mendapat
kesan yg positif, tanpa ragu-ragu saya
melangkah ke Ibu Pejabat DCL di Wangsa
Melawati, menjadi ahli pada bulan Jun
2004. Bermula dari jadi ahli sekadar
suka-suka, namun apabila mendapat bonus
pertama, membuatkan saya seronok dan terus
aktif dalam DCL.
Menjalankan perniagaan sepenuh masa secara
online menuntut saya melayari internet
setiap hari sehingga ada sahabat menggelar
saya `Penagih Internet Tegar’. Namun
`ketagihan’ ini tidak sia-sia. Hasil
dari berkongsi testimoni, info dan kebaikan
produk DCL dibalas dengan kunjungan cheque
Bonus dari DCL setiap bulan dimana angka yg
tercatat di cheque setimpal dgn usaha yg
dilakukan. Atas usaha yg berterusan, saya
mencapai pangkat Diamond Director pada
December 2005.
Membina rangkaian DCL melalui internet juga
tidak sunyi dari dugaan dan rintangan,
lebih-lebih lagi upline jauh nun di Sabah.
Berpegang pesan Pengasas `Org Berjaya
Mencari Cara, Org Gagal Mencari Alasan’ dan CA
Kamaruzaman, `Setiap Dugaan Yang Kita
Hadapi, Ada Kejayaan Menanti Kita Di Depan
Sana,’ saya kuatkan semangat
dan terus berjuang. Memandangkan sebelum
menyertai DCL, saya tidak langsung tahu apa
itu perniagaan Multi Level Marketing, saya
pernah membuat kesilapan dalam DCL. Namun
teguran membina pihak pengurusan DCL dan
sokongan tanpa jemu Rakaniaga, menyuntik
kekuatan untuk saya terus menempuhi segala
rintangan. Kejayaan saya mencapai pangkat
Crown Director membuktikan DCL telah
diterima dengan baik di pasaran Internet
hasil usaha jitu Rakaniaga yg dikasihi.
Terima kasih sahabatku, tanpa kalian
siapalah diriku.
Setinggi penghargaan buat Pengasas dan juga
idola saya dalam dunia bisnes, Dato’ Stapa
dan Datin Azlina kerana sentiasa
mengeluarkan rangkaian produk terbaik
sekaligus mengangkat martabat DCL di dunia
Internet. Tak lupa kepada CD Jauhar yg byk
memberi tunjuk ajar, suntikan motivasi dari
CD Zulkifli , CD Murshidi dan CA
Kamaruzzaman yg membangkitkan semangat utk
terus berjuang serta perkongsian ilmu produk
dari CA Azlan dan DD Dr Rani yang amat
berharga. Jutaan terima kasih utk DD Dr Abd
Rani, DD Abd Halim Kechut dan DD Noor Aisah
(Opah) atas ilmu yang telah dicurahkan sejak
kami mula mengenali DCL hingga kini.
Kepada Rakaniaga dikasihi yang diterajui
oleh Pemimpin DCL Internet Terhebat, DD
Khamisah Mohd Jamil, DD Noraniza Anwar dan
DD Lela Rohaya Abd Samad dan PD Akmaludin
Mustajid, terima kasih atas komitmen padu
yang diberikan. Sokongan berterusan kalian
memberi semangat untukku terus melangkah
gagah dalam perjuangan ini. Semoga Allah
memberkati usaha kita menguasai DCL melalui
Internet ke seluruh dunia. Terima kasih juga
buat upline EM Esther, kerana perkenalkan
DCL yang telah mengubah hidupku serta
tunjuk ajar jarak jauh oleh CD Christoper J
Molie dan CD Johari Nasir.
Untuk suamiku PD Mohd Khairi, sokongan,
semangat dan pengorbanan yang diberikan
dalam perjuangan ini amat dihargai dan buat
cahayamata yg kukasihi, Khayrin Nuraina dan
Khayrin Nuraisya, kalian adalah kekuatan
untuk ibu terus berusaha sambil melihat
kalian membesar depan mata.
Untuk Pejuang DCL Internet ~ Yakinlah, Anda
juga mampu membina kejayaan dalam DCL dgn
kuasa keyboard yg ada di tangan anda!
Salam Perjuangan.
Jumpa Anda di Kelab Jutawan DCL.. |